Empat nelayan Thailand ditahan bersama 1,000kg ikan

Empat nelayan Thailand ditahan untuk soal siasat kerana melanggar syarat sah lesen.
Empat nelayan Thailand ditahan untuk soal siasat kerana melanggar syarat sah lesen.
A
A
A

GEORGETOWN - Empat nelayan warga Thailand ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di zon larangan petang kelmarin.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, tekong bot yang berusia 54 tahun itu ditahan bersama tiga awak-awak berusia 25 hingga 61 tahun pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, mereka ditahan bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C ketika anggota APMM Pulau Pinang membuat rondaan.

"Mereka ditahan pada jarak kira-kira 11.3 batu nautika dari Barat Muka Head. Hasil dari pemeriksaan kesemua warga asing itu dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai terdekat.

"Kita merampas bot bersama ikan campur dan ikan baja dengan anggaran berat 1,000 kilogram (kg). Tahanan bersama barang rampasan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Ikan bercampur dan ikan baja masing-masing mempunyai anggaran berat 500kg dirampas. (Gambar kecil, Bot kelas C dirampas untuk siasatan lanjut.)
Ikan bercampur dan ikan baja masing-masing mempunyai anggaran berat 500kg dirampas. (Gambar kecil, Bot kelas C dirampas untuk siasatan lanjut.)

Beliau berkata, APMM Pulau Pinang memandang serius terhadap kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 terutamanya kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

"Saya ingin mengingatkan Komuniti Maritim Pulau Pinang supaya bekerjasama dengan APMM dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang terutamanya pencerobohan kawasan zon menangkap ikan oleh bot pukat tunda yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 042626146," katanya.