Program Larian Bersama Bomba ditunda pada 18 Ogos

Notis pengumuman oleh JBPM Selangor berhubung penukaran tarikh program berkenaan.
Notis pengumuman oleh JBPM Selangor berhubung penukaran tarikh program berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Larian Bersama Bomba kali ke-17 yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos ini akan ditunda keesokan harinya berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, penganjuran program itu akan dijalankan pada 18 Ogos bermula jam 7 pagi.

"Dukacitanya dimaklumkan bahawa JBPM Selangor dengan rendah diri memaklumkan bahawa Larian Bersama Bomba ke-17 yang dijadualkan pada 8 malam pada 17 Ogos ditunda pada jam 7 pagi, 18 Ogos," katanya dalam satu kenyataan.

"Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Samsol Maarif Saibani di talian 012-3122788 atau Izman Adnan di talian 012-5995502.

Artikel Berkaitan: