Bomba Sarawak terima 38 panggilan kes kebakaran terbuka

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerima 38 panggilan kebakaran terbuka di seluruh negeri sepanjang hari ini.

Menurut JBPM dalam kenyataannya, kebakaran itu melibatkan kira-kira 28 hektar tanah di 19 kawasan hutan, semak samun, perumahan dan kawasan kampung.

Antaranya di Sri Aman, Serian, Petra Jaya, Tabuan Jaya, Sarikei, Kanowit, Marudi, Sibu, Bintulu, Mukah dan Miri. - Bernama

Artikel Berkaitan: