AS bukan lagi polis dunia: Trump

Trump melakukan lawatan mengejut ke pangkalan tentera udara AS di Iraq. - Foto@realDonaldTrump
Trump melakukan lawatan mengejut ke pangkalan tentera udara AS di Iraq. - Foto@realDonaldTrump
A
A
A

AL-ASAD - IRAQ. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dilaporkan membuat lawatan mengejut ke zon konflik di Iraq semalam.

Trump tiba di pangkalan tentera udara Al-Asad di barat Iraq pada kira-kira jam 7.16 petang ditemani isterinya, Melania.

Dalam lawatan julung kali sejak dilantik sebagai presiden dua tahun lalu, Trump mempertahankan pengunduran tentera dari Syria sekali gus menamatkan peranan AS sebagai ‘polis dunia’.

“Adalah tidak adil untuk kita menanggung semua bebanan itu. Kita tidak mahu negara-negara terbabit terus mempergunakan kehebatan ketenteraan kita untuk melindungi mereka. Ini mengarut,” katanya.

Trump dilaporkan bertemu lebih 100 anggota pasukan khas AS dan turut mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin tentera sebelum berlepas pulang beberapa jam kemudian.

Pertemuan awal yang dijadual dengan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahdi bagaimanapun dibatalkan dan digantikan dengan perbualan telefon.- AFP

Artikel Berkaitan: