Lebih 2,000 CCTV pantau jemaah

Petugas di bilik kawalan bawah tanah akan cuba mengesan sebarang situasi yang mendatangkan risiko kepada jemaah haji.
Petugas di bilik kawalan bawah tanah akan cuba mengesan sebarang situasi yang mendatangkan risiko kepada jemaah haji.
A
A
A

MAKKAH - Demi memastikan lebih dua juta jemaah haji dari seluruh dunia dapat melaksanakan ibadah mereka dalam keadaan aman, selamat dan teratur, kerajaan Arab Saudi telah melaksanakan protokol keselamatan berprofil tinggi di keseluruhan Kompleks Masjidil Haram di Kota Makkah.

Menurut Pengarah Operasi Kawalan Bawah Tanah Masjidil Haram, Jeneral Manzur Yahya Al-Aqil, sejumlah 2,150 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar kompleks ibadah itu termasuk juga di laluan Bukit Safar ke Marwah.

Jelas beliau, pemantauan rapi itu adalah jaminan tahap keselamatan yang tinggi kepada seluruh jemaah haji yang berada di Kompleks Masjidil Haram.

Manzur
Manzur

“Bilik operasi kawalan bawah tanah dilengkapi dengan lebih 200 monitor untuk pemantauan secara terperinci setiap pergerakan jemaah serta situasi semasa Kompleks Masjidil Haram.

“Kerajaan Arab Saudi tidak pernah berkompromi dengan isu keselamatan dan keamanan para jemaah bagi memastikan mereka dapat beribadah dengan selesa,” katanya kepada pemberita ketika sesi taklimat mengenai kawalan keselamatan di Kompleks Masjidil Haram kelmarin.

Manzur berkata, bilik kawalan bawah tanah itu turut dihubungkan dengan pelbagai agensi keselamatan dan bantuan kecemasan lain dalam menjamin setiap insiden dapat ditangani secara pantas dan berkesan.

Artikel Berkaitan:

Jika berlaku sebarang kecemasan, petugas di bilik kawalan bawah tanah akan terus menghantar maklumat kepada pasukan penguatkuasa 911 di Kompleks Masjidil Haram untuk diambil tindakan.
Jika berlaku sebarang kecemasan, petugas di bilik kawalan bawah tanah akan terus menghantar maklumat kepada pasukan penguatkuasa 911 di Kompleks Masjidil Haram untuk diambil tindakan.

“Para petugas di bilik kawalan bawah tanah yang memantau monitor kamera akan segera memaklumkan kepada pasukan 911 yang bertanggungjawab dalam apa jua isu dan situasi para jemaah haji.

“Terdapat juga anggota penguat kuasa 911 ini yang menyamar sebagai orang awam di tengah-tengah lautan jemaah di Masjidil Haram dan mereka akan bertindak segera selepas menerima maklumat dari bilik kawalan bawah tanah,” katanya.