Penuntut Malaysia maut jatuh pangsapuri di Australia

Amirul Ashraff
Amirul Ashraff
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia hari ini.

Amirul Ashraff Md Azhar, 22, penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University of Technology, Sydney, yang berasal dari Taiping itu adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Bapa Allahyarham, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata beliau menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dihubungi pegawai Mara dari Australia petang tadi.

"Saya tidak pasti bila jenazah akan dibawa pulang ke negara ini. Pihak Mara akan menguruskannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Amirul Ashraff merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 30 Julai lepas.

"Pada hari ulang tahun kelahirannya itulah kali terakhir saya berhubung dengan arwah," katanya.

Md Azhar berkata jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Malaysia selepas selesai semua urusan di Sydney dan akan dikebumikan di Taiping. -Bernama

Artikel Berkaitan: