Maut terjatuh dari tapak pembinaan MRT

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari atas tapak pembinaan MRT Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari atas tapak pembinaan MRT Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia syarikat pembinaan maut selepas terjatuh dari atas tapak pembinaan MRT Jalan Ipoh, di sini semalam.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 4.25 petang.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berada dalam terbaring dengan kecederaan di kepala, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 meter di antara ruangan yang terletak di atas pembinaan tersebut.

"Ketika kejadian, mangsa berada bersama tiga lagi rakan sekerjanya untuk membuat pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dipanggil ke lokasi kejadian untuk menyiasat tahap keselamatan.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan insiden berkenaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: