Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini sebentar tadi.
Menerusi satu video yang dimuat naik melalui Instagram Istana Negara, kelihatan Al-Sultan Abdullah dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menerusi komen netizen, rata-rata memuji tindakan baginda itu yang disifatkan seorang sultan berjiwa rakyat.
"Tangan Tuanku memegang biji tasbih. Allahuakbar," tulis afiqzambri pula.
ARTIKEL BERKAITAN: Agong bantu mangsa kemalangan di Putrajaya
"Allahuakbar... alhamdulillah kita dikurniakan Agong yang berjiwa rakyat. Dunia dicari akhirat tetap dikejari," komenazimah2409 pula.
"Alhamdulilah Malaysia dihadiahkan dengan seorang Agong yang suka dekatkan diri bersama rakyat...," tulis ymkingsayuti.
Baginda kemudiannya dilaporkan meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
Sebelum ini pada 26 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila banginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -AI senjata baharu perang saraf
14 September 2026 09:00amTiada negara patut pilih antara bayar hutang atau tunai tanggungjawab kepada rakyat - Anwar
13 September 2026 07:16pmTimbalan KPN bakal diumum dalam masa terdekat - Saifuddin
13 September 2026 05:23pmKapal penumpang hilang di Laut Jawa: Belum ada maklumat rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
13 September 2026 03:08pmDua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
13 September 2026 07:46pmDua wanita maut terkena renjatan elektrik
13 September 2026 06:22pmJasad Khairul Amir ditemui
13 September 2026 11:42pmDua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut
13 September 2026 10:22pm- Iklan -- Iklan -
