Johor Port raih Anugerah Kecemelangan Prestasi Global 2018

Johor Port Bhd
Johor Port Bhd
A
A
A

KUALA LUMPUR – Johor Port Bhd, ahli Kumpulan MMC, meraih Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global 2018 – Kelas Dunia daripada Asia Pacific Quality Organisation.

Anugerah berkenaan yang merupakan pengiktirafan rasmi antarabangsa terhadap kecemerlangan perniagaan, disampaikan pada satu majlis yang diadakan di Abu Dhabi pada 11 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Johor Port dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata, anugerah berkenaan menunjukkan usaha berterusan pelabuhan berkenaan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan serta pengiktirafan terhadap prestasi dengan kualiti berkelas dunia.

“Sejak beberap tahun lepas, kami melaksanakan pelbagai inisiatif untuk berinovasi dan menjadikan Johor Port sebagai pelabuhan pelbagai guna paling efisyen di rantau ini.

“Kami komited dalam mewujudkan lebih banyak inovasi serta penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia dan pengiktirafan ini adalah kenyataan terhadap keupayaan kami memahami dan menyesuaikan diri dengan pasaran masa depan dan menerapkan kecemerlangan dalam operasi perniagaan kami,” tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: