Remaja warga Ireland dilapor hilang di Seremban

Nora Quoirin. Foto BBC NEWS
Nora Quoirin. Foto BBC NEWS
A
A
A

NILAI - [DIKEMASKINI] Seorang remaja perempuan lembam warga Ireland dilaporkan hilang ketika bercuti dengan ahli keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill di sini, pagi tadi.

Mangsa Nora Anne Quoririn, 15, disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya.

Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort berkenaan jam 7 petang tadi.

"Kehilangan mangsa dimaklumkan oleh kakaknya kepada pemilik premis yang kemudian telah ambil tindakan cari mangsa di kawasan resort.

"Namun pencarian mereka gagal menyebabkan laporan polis dibuat," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa telah datang bercuti di resort berkenaan dengan ibu dan ayahnya serta dua lagi adik beradik sejak semalam sebelum dilaporkan hilang.

Beliau berkata, polis telah menggerakkan operasi mencari mangsa dengan kerjasama bomba, namun masih belum berhasil.

"Gerakan mencari mangsa akan diteruskan dan orang ramai yang mempunyai melihat mangsa diminta lapor kepada balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: