Elfira terima kejutan dari rakan-rakan

A
A
A
PELAKON Elfira Loy berkongsi saat manis ketika mendapat kejutan istimewa daripada rakan-rakan baiknya meraikan dirinya yang bakal bergelar pengantin tidak lama lagi.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang berkongsi dua keping gambar ketika bersama rakan-rakanya itu termasuk vokalis Iamneeta, Neeta Manishaa.



“Mereka ini sangat sweet. Tidak pernah gagal untuk beri kejutan dan buat saya gembira. Saya sangat sayangkan kamu semua!” tulisnya sebagai kapsyen foto berkenaan.

Meskipun belum mengumumkan tarikh majlis perkahwinannya, ramai yang yang menjangkakan Elfira bakal menamatkan zaman solonya dalam masa yang terdekat.



Menerusi ruangan komen posting berkenaan, para peminat dan pengikut Elfira mula memberikan ucapan tahniah buat pelakon ini.

Elfira mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar pada 2 September lalu.

Terdahulu sebelum itu, pelakon ini pernah putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada Februari lalu atas sebab-sebab yang hanya diketahui keluarga kedua belah pihak..

Artikel Berkaitan: