Kunci pintu pagar elak ditahan

Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Setia Utama di sini.
Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Setia Utama di sini.
A
A
A

SETIA ALAM - Kunci pintu pagar bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa, itu antara tindakan warga asing tanpa izin ketika operasi bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sekitar kawasan rumah kedai di Jalan Setia Utama di sini.

Bagaimanapun tindakan tersebut berjaya dipatahkan pihak polis dengan bantuan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bukan itu saja, malah ada warga asing yang berdalih mengatakan mempunyai dokumen pengenalan diri namun apabila diperiksa, mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Pihak polis sedang berusaha membuka kunci pintu pagar dalam operasi bersepadu yang dijalankan.
Pihak polis sedang berusaha membuka kunci pintu pagar dalam operasi bersepadu yang dijalankan.

Operasi bersepadu ini turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, operasi memfokuskan kawasan yang dipercayai menjadi tempat tinggal warga asing.

"Kita menjalankan risikan dan pemantauan sebelum ini yang mana mendapati kawasan ini disewa warga asing sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk.

"Rentetan itu, kita telah menjalankan satu operasi bersepadu bersama beberapa agensi di kawasan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi ini adalah tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi ini adalah tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, operasi dijalankan bermula pada jam 11 malam dan berakhir jam 4.30 pagi.

"Seramai 371 warga asing diperiksa dalam operasi ini.

"Daripada jumlah tersebut seramai 16 warga asing dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah," katanya.

Katanya, kesemua warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke lokap berpusat IPD Shah Alam.

"Kesemua mereka ditahan di bawah bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 59/63," katanya.