Portal komuniti Pa&Ma Moms To Be dilancar

Syamil (tengah), Wan Erni Liza (dua, kiri), Hasnita (kiri) dan dua doktor yang akan mengendalikan sesi 'Dr Online' bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran portal Pa&Ma Moms To Be sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 2019, di sini hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI

A
A
A

SHAH ALAM - Nu Ideaktiv menerusi Majalah Pa&Ma melangkah lebih jauh dengan melancarkan sebuah portal komuniti Pa&Ma Moms To Be khusus untuk membantu ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, idea menubuhkan portal terbabit diilhamkan selepas pihaknya sering menerima banyak respon daripada 300 ahli komuniti WhatsApp Pa&Ma yang bertanyakan informasi kehamilan dan kelahiran.

Beliau berkata, selain itu terdapat banyak permintaan diterima daripada pembaca majalah Pa&Ma untuk menyertai komuniti menerusi aplikasi tersebut yang sangat terhad.

Kata beliau, pihaknya mencari jalan supaya dapat mewujudkan satu platform komuniti yang lebih baik dan khusus untuk berkongsi informasi berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan serta perkembangan bayi hanya di hujung jari.

Ibu-Ibu yang hadir bergambar bersama sambil memegang plakad Pa&Ma Moms To Be. FOTO: ZAHID IZZANI
Ibu-Ibu yang hadir bergambar bersama sambil memegang plakad Pa&Ma Moms To Be. FOTO: ZAHID IZZANI

"Maka terhasillah portal komuniti Pa&Ma Moms To Be yang boleh dilayari di https://momtobe.majalahpama.my.

"Selain perkongsian informasi dan panduan kehamilan, kelahiran serta keibubapaan, pelbagai aktiviti disusun untuk bakal ibu yang menyertainya seperti sesi Dr Online, hospital tour di hospital-hospital terpilih, bengkel laktasi, kelas antenatal, supermom workout dan banyak lagi," katanya.

Beliau ditemui Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran portal Pa&Ma Moms To Be di Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, menerusi sesi Dr Online, komuniti yang berdaftar boleh berinteraksi secara langsung dengan tiga doktor pakar kehamilan dan laktasi pada setiap hari kecuali Ahad mengikut jadual yang ditetapkan.

Para ibu yang hadir berzumba bersama bayi masing-masing pada Majlis Pelancaran portal komuniti Pa&Ma Moms To Be di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI
Para ibu yang hadir berzumba bersama bayi masing-masing pada Majlis Pelancaran portal komuniti Pa&Ma Moms To Be di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI

"Jadi ibu-ibu khususnya bakal ibu tak perlu runsing atau keliru lagi tentang apa yang mereka boleh dan tak boleh buat ketika perjalanan kehamilan umpamanya. Kini mereka boleh bertanya terus dengan pakar-pakar bertauliah yang kita sediakan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, portal itu sudah mempunyai 300 ahli dan beliau menyasarkan jumlah itu akan terus bertambah dan mencapai sekurang-kurangnya 8,000 ahli menjelang hujung tahun ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Ideaktiv, Ani Nadila Yusof; Editor Pengurusan Kluster Family&Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal.

Dalam perkembangan lain, Syamil Fahim berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan diterima menerusi penganjuran Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang pertama kali dianjurkan dalam skala besar bermula semalam sehingga esok.

"Terdapat 80 reruai jualan disediakan tetapi fiesta ini bukan semata-mata ekspo jualan, ia dipenuhi pelbagai aktiviti menarik antaranya sesi meet and greet dengan selebriti, cabaran merangkak, superhero junior party, buckle up campaign dan banyak lagi.

"Fiesta bayi ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dan kita juga akan melancarkan satu lagi program Pa&Ma Superkids Fiesta pada awal November ini yang menumpukan kepada program kanak-kanak berusia antara empat hingga 14 tahun," katanya.

Pa&Ma merupakan jenama terdiri daripada beberapa platform iaitu majalah, rancangan televisyen, portal dan jaringan media sosial.

Pa&Ma juga adalah salah satu IP di bawah bumbung Nu Ideaktiv Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama Karangkraf dan Astro yang memfokuskan kepada kehamilan, kelahiran, keibubapaan, bayi serta kanak-kanak.

Syamil ketika berucap pada Majlis Pelancaran portal Pa&Ma Moms To Be sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 2019, di sini hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI
Syamil ketika berucap pada Majlis Pelancaran portal Pa&Ma Moms To Be sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 2019, di sini hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI