Setengah jam terperangkap dalam lif

Anggota bomba membantu mengeluarkan semua mangsa selepas pintu lif berjaya dibuka menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba membantu mengeluarkan semua mangsa selepas pintu lif berjaya dibuka menggunakan peralatan khas.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki cemas setengah jam apabila terperangkap dalam lif di Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, tiga wanita berusia 40-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 10.08 pagi.

"Seramai lapan anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera FRT dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau memberitahu, lif itu tersekat di tingkat bawah bangunan kompleks setinggi empat tingkat berkenaan.

"Anggota bomba mengumpil pintu lif dengan peralatan khas dan mengambil masa 5 minit sebelum pintu lif berjaya dibuka.

"Semua mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada jam 10. 31 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: