DBKL serbu gerai buat halangan tempat awam

Barangan niaga yang disita atas kesalahan tiada lesen dan dimiliki warga asing dalam Operasi Tegas Siri 24/2019 semalam. - Foto DBKL
Barangan niaga yang disita atas kesalahan tiada lesen dan dimiliki warga asing dalam Operasi Tegas Siri 24/2019 semalam. - Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu gerai jualan yang membuat halangan di tempat awam dalam Operasi Tegas Siri 24/2019 yang dilakukan semalam.

Sumber dari Unit Media DBKL berkata, operasi itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Gerai burger yang turut disita atas kesalahan halangan. - Foto DBKL
Gerai burger yang turut disita atas kesalahan halangan. - Foto DBKL

Menurutnya, sebanyak sembilan tindakan sita dan pindah barang perniagaan dilaksanakan di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja 2016 dan di bawah Seksyen 46(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Operasi bersepadu ini turut melibatkan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen dan warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan.

"Ia turut menumpukan kawasan di sekitar Jalan AU2B Setiawangsa, Jalan Gombak dan Jalan 1/48A Sentul," katanya.

DBKL mengangkut barangan niaga dalam Operasi Tegas Siri 24/2019, semalam. - Foto DBKL
DBKL mengangkut barangan niaga dalam Operasi Tegas Siri 24/2019, semalam. - Foto DBKL

Dalam operasi sama, seorang lelaki ditahan untuk tindakan lanjut oleh pihak Kastam berkaitan kes penjualan rokok yang diniagakan tanpa kelulusan cukai.

Artikel Berkaitan: