Lapan cedera lif jatuh dari tingkat lima PPR Kerinchi

Seramai lapan individu cedera selepas lif dinaiki mereka di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur jatuh dari tingkat lima hari ini.
Seramai lapan individu cedera selepas lif dinaiki mereka di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur jatuh dari tingkat lima hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan individu cedera apabila lif dinaiki mereka mengalami kerosakan dan jatuh dari tingkat lima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan empat mangsa termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun patah kaki, manakala, empat lagi mangsa cedera di pergelangan kaki.

Komander Operasi Kanan, Muhammad Ridwan Kamarulzaman berkata, dua jentera dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Seputeh dengan kekuatan 14 anggota tiba di lokasi beberapa minit selepas menerima panggilan pada jam 2.36 petang.

Seramai lapan individu cedera selepas lif dinaiki mereka di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur jatuh dari tingkat lima hari ini.
Seramai lapan individu cedera selepas lif dinaiki mereka di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur jatuh dari tingkat lima hari ini.

"Bomba yang tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan.

"Jumlah mangsa yang terlibat seramai lapan orang membabitkan enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa berusia antara 10 hingga 69 tahun itu telah dibawa keluar oleh orang awam dan pasukan bomba yang kemudian mengasingkan mangsa mengikut tahap kecederaan dengan bantuan pasukan perubatan.

Artikel Berkaitan: