LHDN tuntut RM57.17 juta daripada Ku Nan

Tengku Adnan
Tengku Adnan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri memfailkan saman terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mendapatkan semula RM57.17 juta tunggakan cukai sejak 2012.

Memetik laporan theedgemarkets.com, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Julai lalu.

Menerusi notis yang diserahkan kepada Tengku Adnan selaku responden pada 15 Mac lalu, LHDN mendakwa Bendahari UMNO itu mempunyai tunggakan cukai bagi 2012 hingga 2017.

LHDN mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya itu gagal mematuhi dan membayar tunggakan cukai tersebut dalam 30 hari dari tarikh notis taksiran dikeluarkan.

Ketika ini Tengku Adnan berdepan dua pertuduhan menerima rasuah RM3 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong dan Datuk Tan Eng Boon.

Jun lalu, LHDN memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion.

LHDN memfailkan saman itu pada 25 Jun lalu untuk meminta Ahli Parlimen Pekan itu membayar RM1,692,872,924.83 termasuk faedah yang didakwa dihutangnya antara tahun 2011 hingga 2017.

Saman itu difailkan selepas Najib gagal membayar taksiran cukai tambahan RM1.47 bilion dalam tuntutan asal LHDN pada Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Ini menyebabkan pertambahan 10 peratus atau RM147 juta pada April lalu dan tambahan kompaun 5 peratus sebanyak RM80 juta pada Mei lalu.