Chile dilanda gempa 6.6 magnitud

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BOGOTA - Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda Chile semalam, kata Pejabat Kecemasan Kebangsaan (ONEMI).

Pusat gempa itu terletak 47 kilometer di barat bandar peranginan Pichilemu di rantau O'Higgins di sepanjang Lautan Pasifik.

ONEMI menjelaskan tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan malah gempa bumi itu juga tidak mencetuskan tsunami.

Chile merupakan sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik, sebuah kawasan yang sering berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Artikel Berkaitan: