Kuala Terengganu catat IPU tidak sihat

Kuala Terengganu mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 114 setakat jam 10 pagi tadi.
Kuala Terengganu mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 114 setakat jam 10 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Kuala Terengganu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada bacaan 114 berikutan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia dipercayai membawa jerebu ke semenanjung.

Berdasarkan bacaan terkini IPU dalam laman web Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMs) sehingga jam 10 pagi tadi, sebanyak 66 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Bagaimanapun, Tawau mencatatkan bacaan IPU baik iaitu 31.

Semalam, Johan Setia, Klang, Selangor dan Rompin, Pahang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 110 dan 103, namun kedua-dua kawasan terbabit mencatatkan bacaan sederhana pada pagi ini.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel Berkaitan: