Klang catat IPU tidak sihat

IPU yang dicatatkan pada Selasa.
IPU yang dicatatkan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Klang iaitu 165 setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU di kawasan tersebut mencatatkan kadar bacaan IPU tidak sihat iaitu 168 sejak jam 6 pagi Selasa.

Sebanyak 50 lokasi mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya di Kemaman (52), Paka (58), Besut (56), Kota Bharu (69), Samarahan (53) dan Kuching (53).

Selain itu, sejumlah 17 kawasan mencatatkan IPU sihat antaranya Langkawi (42), beberapa daerah di Sarawak seperti Limbang (38) dan Miri (52), diikuti oleh Labuan (15) termasuk di Sabah antaranya Tawau (33), Sandakan (27),Kota Kinabalu (33), Kimanis (15) serta Keningau (35).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas berbahaya.