Enam kanak-kanak maut dipanah petir

No Image Caption
A
A
A

CONAKRY - Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak berumur antara empat hingga 10 tahun meninggal dunia selepas dipanah petir ketika membuat teh di bawah pokok mangga di utara-timur Guinea kelmarin, kata seorang saksi.

Ribut membadai sejurus sebelum 7 petang (waktu tempatan) di bandar Siguiri, berhampiran sempadan Mali, kata Mamadi Doumbouya kepada AFP.

Menurutnya, seramai lapan kanak-kanak bersama dua ibu mereka, berada di bawah pokok mangga di belakang rumah.

“Saya mengajak mereka berlindung di rumah saya. Ibu mereka bergegas ke dalam rumah tetapi anak-anak tinggal untuk membuat teh terakhir,” katanya.

"Kilat kemudian memanah pokok mangga dan apabila Doumbouya bergegas keluar, semua kanak-kanak terbaring di tanah dan tidak sedarkan diri," katanya.

Kesemua mangsa, lima perempuan dan seorang budak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Afrika Barat sedang mengalami musim hujan.

Pada Sabtu lalu, tanah runtuh berlaku di sebuah lombong emas di Siguiri, membunuh empat orang termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya. - AFP

Artikel Berkaitan: