Tentera Pyongyang berpaling tadah ke Korea Selatan

Kawasan sempadan itu dikawal ketat tentera kedua-dua belah pihak.
Kawasan sempadan itu dikawal ketat tentera kedua-dua belah pihak.
A
A
A

SEOUL - Pihak berkuasa di Seoul telah menahan seorang tentera dari Pyongyang yang menyeberangi Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagikan Semenanjung Korea.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JSC) memaklumkan dia dikesan oleh peralatan pengimejan termal berhampiran sungai Imjin tengah malam semalam.

Dia kemudiannya diberkas tentera Seoul dan diletakkan di bawah tahanan mereka.

"Lelaki tersebut adalah anggota tentera yang masih berkhidmat dan menyuarakan hasrat untuk berpaling tadah dari Korea Utara," ujar JSC.

Tindakan itu dibuat sehari selepas Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak pendek yang didakwa sebagai amaran tegas kepada Seoul yang bakal menjalani latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat pada bulan ini.

Pada November 2017, seorang tentera Korea Utara ditembak sebanyak 40 kali oleh rakan sepasukannya ketika dia cuba menyeberangi DMZ. - Agensi

Artikel Berkaitan: