Bukit Temiang 'ditawan'

Impian kira kira 50 peserta untuk mendaki Bukit Temiang, di Pengkalan Berangan di sini menjadi kenyataan.
Impian kira kira 50 peserta untuk mendaki Bukit Temiang, di Pengkalan Berangan di sini menjadi kenyataan.
A
A
A

MARANG - Impian kira kira 50 peserta untuk mendaki Bukit Temiang, di Pengkalan Berangan di sini menjadi kenyataan apabila mereka berjaya menawan puncak bukit setinggi 328 meter itu, semalam.

Pendakian itu diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, sebagai usaha mempromosikan Bukit Temiang sempena Terengganu Merdeka Hike 2019.

Katanya, Bukit Temiang akan menjadi salah satu lokasi tumpuan pendaki dalam program pada 24 Ogos itu selain Bukit Besar, Bukit Bauk, Bukit Keluang, Bukit Belimbing, Bukit Harimau Menangis dan Bukit Jong.

"Bukit Temiang juga dikenali sebagai Bukit Temiang Agro Hiking itu mempunyai ketinggian 328 meter dari paras laut dengan cabaran mendaki yang memakan masa kira kira dua jam.

"Bukit ini mempunyai potensi besar sebagai lokasi pelancongan rekreasi dan kita berharap peminat-peminat aktiviti ekstrem seperti ini untuk mendaftar dan mendaki bukit ini 24 Ogos nanti," katanya.

Turut serta menyertai pendakian menawan Bukit Temiang adalah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Che Adam A Rahman.

Sementara itu, misi pendakian sehingga ke puncak bukit tersebut dipandu seorang pemandu arah Yunus Mat Ali, 55, yang berpengalaman dan mahir mengenai selok belok hutan Bukit Temiang.

Artikel Berkaitan: