Bunuh warga emas: Reman 4 suspek disambung tujuh hari

Tempoh reman suspek disambung bagi membantu siasatan.
Tempoh reman suspek disambung bagi membantu siasatan.
A
A
A

SEREMBAN - Tempoh reman empat suspek dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh pasangan suami isteri warga emas di sebuah rumah di Taman Desa Melati di Nilai di sini pada 24 Julai lalu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mohd Zaki Abdul Rahman selepas permohonan dibuat di Mahkamah Sesyen Sivil Seremban hari ini.

Tempoh reman suspek yang sepatutnya berakhir semalam disambung sehingga Khamis depan bagi membolehkan kesemua suspek berusia antara 35 hingga 40 tahun itu disiasat lebih lanjut bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis melakukan serbuan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang dan Nilai sebelum berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita.

Dalam kejadian itu, mayat Tan Kim Joo, 73, ditemukan di dapur rumah dengan kesan kelar di tangan manakala isterinya, Ng Chong Hwa, 67, ditemukan di dalam bilik dengan kesan tikaman di dada.

Artikel Berkaitan: