Rang undang-undang wakaf dibentang hujung tahun ini: Fuziah

Penerima Anugerah Wanita Paling Berpengaruh Dalam Kewangan Islam Womani 2019 bergambar bersama Fuziah. -Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Penerima Anugerah Wanita Paling Berpengaruh Dalam Kewangan Islam Womani 2019 bergambar bersama Fuziah. -Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA NERUS - Rang undang-undang wakaf dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini bagi memastikan setiap sumbangan yang diterima itu diurus dengan baik dan teratur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ketika ini draf rang undang-undang itu telah siap sepenuhnya.

"Kita akan bawa (rang undang-undang) ke Parlimen untuk membuat satu ketetapan mengenai bagaimana dana yang diperoleh itu diuruskan supaya tidak wujud salah guna.

"Bagaimana duit wakaf itu hendak disimpan, bentuk kegunaan yang dibolehkan dan macam mana kita hendak pastikan ia berkekalan apabila orang wakaf. Jadi atas sebab itu kita perlu wujudkan satu

rang undang-undang atau akta untuk memastikan dana wakaf itu diurus dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Wanita Yang Paling Berpengaruh Dalam Kewangan Islam dan Perniagaan di sebuah hotel di sini hari ini.

Majlis itu diadakan bagi meraikan 73 wanita Malaysia yang tersenarai daripada keseluruhan 300 wanita seluruh dunia yang menerima pengiktirafan Cambridge International Finance Advisory yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Khadijah International Waqf (L) Foundation, Rohani Mohd Shahir.

Artikel Berkaitan: