UMP, ECERDC pertingkat akademik pelajar orang asli

Peserta teruja mengikuti aktiviti dalam kumpulan pada program Empower Community 2019.
Peserta teruja mengikuti aktiviti dalam kumpulan pada program Empower Community 2019.
A
A
A

PEKAN - Program Empower Community 2019 Daerah Pekan dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dilihat sangat signifikan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar luar bandar terutama pelajar orang asli.

Program dijalankan UMP Advanced di Sekolah Kebangsaan Simpai, di sini baru-baru ini membantu membangkitkan semangat dan galakan kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Program ini merupakan salah satu program di bawah Special Intervention Programme (SIP) dalam memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli terhadap elemen pendidikan, kesihatan, kebersihan, cabaran teknologi semasa dan pembangunan insan selain mendekati kaum pribumi.

Seramai lebih 50 peserta terdiri daripada 24 pelajar bersama keluarga masing-masing berpeluang mengikuti program motivasi itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Norasda, Nadiana dan Abdul Malik bersama pelajar dan sukarelawan UMP yang menyertai Program Empower Community 2019 baru-baru ini.
Norasda, Nadiana dan Abdul Malik bersama pelajar dan sukarelawan UMP yang menyertai Program Empower Community 2019 baru-baru ini.

Program dirasmikan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Norasda Wali Mohamad.

Turut hadir, Pegawai ECER Daerah Pekan, Nadiana Roseda Mohd Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpai, Abdul Malik Sulaiman serta wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Norul Hibriyah Hasnuddin.

Norasda berkata, program itu lebih memberi tumpuan dalam usaha menyuntik kesedaran pelajar terhadap kebolehan masing–masing, sekali gus membentuk sikap yakin diri pelajar dan minda ibu bapa tentang kepentingan persekitaran selesa untuk anak-anak mengikuti sesi pembelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya, tiada pelajar daripada komuniti orang asli tersisih daripada menerima manfaat yang telah dirangka bagi mencapai potensi sebenar mereka melalui program-program yang holistik,” katanya.

Beliau berkata, dengan kerjasama rapat semua agensi terlibat serta sokongan padu Kerajaan Negeri Pahang, inisiatif tersebut mampu mentransformasi landskap pendidikan dan sosio-ekonomi dalam kalangan penerima manfaat ini dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, bagi Noratikah a/p Tumpel, 41, sebagai ibu, dia amat menghargai usaha pihak ECERDC dan UMP yang sentiasa membantu masyarakat orang asli.

"Dengan komitmen yang diberikan, saya berharap lebih ramai anak-anak orang asli berjaya dalam pembelajaran sehingga dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi setanding dengan masyarakat di bandar," katanya.