'Arwah mengadu mahu habiskan praktikal di darat, bukan di laut'

Salamah (kiri) bersama kakak sulung mangsa, Syahirah Izwani, 25, tidak dapat menahan kesedihan sewaktu ditemui di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi hari ini.Gambar kecil: Afizuddin.
Salamah (kiri) bersama kakak sulung mangsa, Syahirah Izwani, 25, tidak dapat menahan kesedihan sewaktu ditemui di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi hari ini.Gambar kecil: Afizuddin.
A
A
A

MELAKA - Pelajar praktikal yang ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir dari sebuah kapal tunda tempatnya bertugas di perairan Selat Melaka malam Ahad lalu, sepatutnya pulang bercuti pada Hari Raya Aidiladha ini.

Ibunya, Salamah Sulai, 47, berkata, anaknya, Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20, terpaksa menangguhkan hasratnya untuk pulang bercuti bagi memberi tumpuan pada latihan praktikal yang masih berbaki kira-kira dua minggu lagi.

“Saya ada minta dia balik bercuti tetapi dia kata tidak boleh sebab praktikalnya sudah hampir habis dan kalau balik juga bimbang akan timbul masalah.

“Sepanjang enam bulan praktikal, hanya dua kali dia balik iaitu sebelum bulan puasa sewaktu ayahnya masuk hopsital akibat masalah jantung dan dua minggu sebelum Aidilfitri lalu,” katanya ketika ditemui di pusat gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Jeti Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi, di sini hari ini.

Salamah yang menetap di Damansara, Selangor, tiba bersama enam anaknya di pusat berkenaan sejak 10.30 malam tadi bagi mengikuti perkembangan anaknya itu.

Suaminya, Aidzuhan Abd Malek, 50, yang baru selesai menjalani pembedahan jantung dijadualkan tiba hari ini dari rumah mereka bersama seorang lagi anak mereka.

Menurut Salamah, ketika kali terakhir dia berjumpa dengan Muhammad Afizudin dua minggu sebelum Aidilfitri lalu, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

"Cuma adalah beberapa kali selepas mula praktikal pada 18 Februari, dia mengadu mahu menghabiskan praktikal di darat dan bukannya di lautan.

"Waktu itu saya masih tidak faham maksudnya dan memujuknya tidak kisah di mana asalkan dapat menamatkan praktikal yang dijadual pada 18 Ogos ini,” katanya menahan sedih.

Muhammad Afizudin merupakan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Marin di Kolej Vokasional Ranaco, Terengganu yang hilang dipercayai terjatuh ke laut kira-kira dua batu nautika dari Pantai Tanjung Dahan, Kuala Linggi di Alor Gajah, di sini malam kelmarin.

Kehilangan mangsa disedari anak kapal lain kira-kira jam 1 tengah hari tadi sebelum melaporkan kehilangannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan seterusnya mengaktifkan operasi SAR pada hari sama kira-kira jam 5 petang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat pelajar praktikal jatuh kapal ditemukan

Artikel Berkaitan: