Polis lancar talian hotline dadah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd melancarkan talian hotline JSJN.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd melancarkan talian hotline JSJN.
A
A
A

SEMENYIH - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melancarkan talian hotline bagi membolehkan masyarakat menyalurkan maklumat mengenai kegiatan berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, ini adalah antara pendekatan yang dilakukan JSJN dalam usaha bagi melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di negara ini.

Menurutnya, kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah kepada polis amat penting supaya tindakan lanjut dapat diambil.

"Talian hotline iaitu 012-2087222 beroperasi 24 jam. Maklumat boleh dihantar sama ada melalui panggilan telefon, menghantar gambar serta lokasi yang menjalankan kegiatan berkaitan dadah menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

"Pemberi maklumat tidak perlu khuatir terhadap keselamatan mereka kerana semua butir maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Semenyih.

Artikel Berkaitan: