Formula agihan kerusi UMNO-Pas tidak benar: Shamsul Anuar

Dr Shamsul Anuar Nasarah
Dr Shamsul Anuar Nasarah
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan laporan bahawa formula agihan kerusi 50-50 antara parti itu dan Pas telah dipersetujui.

Menyifatkan laporan itu sebagai cubaan untuk memecahbelahkan muafakat UMNO-Pas, Shamsul Anuar mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar tidak terpengaruh.

“Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu.

“Semua ini adalah usaha untuk memecahbelahkan muafakat UMNO Pas yang sedang terjalin baik dan piagamnya akan ditandatangani pada 14 September 2019 ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan UMNO dan Pas telah bersetuju membuat pembahagian kerusi 50-50 pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Mengikut laporan itu, formula agihan kerusi tersebut hanya membabitkan Semenanjung Malaysia.

Pembahagian itu dibuat dipercayai bagi mengelakkan berlaku pertembungan sesama sendiri antara Pas dan UMNO yang bakal menandatangani piagam pada September ini.

Artikel Berkaitan: