Mayat dua kru kapal dagang MV Amanda ditemui malam tadi

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid menunjukkan kedudukan lokasi kapal dagang MV Amanda yang membawa sembilan kru, kesemuanya warga asing terbalik dan karam di perairan timur Tanjung Sepang, dekat sini, petang semalam pada sidang media Operasi Carilamat di Pos Maritim Tanjung Pengelih hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof (kiri).- Foto Bernama

A
A
A

KOTA TINGGI - Dua mayat kru kapal dagang MV Amanda yang terbalik dan karam di perairan timur Tanjung Sepang, dekat sini, petang semalam, telah ditemui malam tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat kedua-dua lelaki berkenaan yang merupakan warga Bangladesh dan China itu ditemui pada pukul 7.45 malam, yang timbul di permukaan air, sejurus kapal dagang yang membawa muatan batu itu tenggelam sepenuhnya.

Beliau berkata pihaknya meneruskan operasi Carilamat (SAR) seluas 120 batu nautika daripada lokasi kapal berkenaan terbalik hari ini bagi mencari seorang lagi kru kapal warga Bangladesh, juga lelaki, yang masih belum ditemukan.

"Kita akan memfokuskan pencarian di kawasan permukaan dan dasar laut. Pasukan selam juga telah diletakkan bersiap siaga bagi melakukan selaman di mana ada kemungkinan mangsa masih terperangkap," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pos Maritim, Tanjung Pengelih, dekat sini, hari ini.

Pada kejadian pukul 2 petang semalam, kapal tersebut yang membawa sembilan kru, kesemuanya warga asing, telah mengalami kerosakan pada janakuasa sehingga menyebabkan wheel kapal tidak dapat berfungsi.

Ketika cuba membuat undur penuh, ombak telah menolak kapal berkenaan menyebabkan ia bertembung dengan kapal lain lalu terbalik dan karam.

Bagaimanapun, enam kru lelaki iaitu lima warga Bangladesh dan seorang warga China selamat manakala tiga lagi dilaporkan hilang.

Gambar kapal dagang MV Amanda yang membawa muatan batu terbalik dan karam di perairan timur Tanjung Sepang, dekat sini, petang semalam ditunjukkan pada sidang media Operasi Carilamat di Pos Maritim Tanjung Pengelih hari ini. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Aminuddin berkata terdapat tumpahan minyak berlaku di lokasi kejadian memandangkan kapal dagang itu turut membawa kira-kira 4,000 liter bahan api diesel.

"Tetapi tumpahan minyak ini masih boleh dikawal dan kita juga berharap agar kapal berkenaan tidak dibawa arus dan tersasar jauh daripada lokasi kejadian.

Menurutnya, pelbagai aset termasuk kapal, bot dan helikopter milik pelbagai agensi turut digunakan pada operasi SAR itu yang turut disertai seramai 70 pegawai dan anggota daripada agensi termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tentera Laut Diraja Malaysia.

"SAR yang bermula sejak 3.20 petang semalam sehingga hari ini tanpa henti itu, diteruskan sehingga kru kapal berkenaan berjaya ditemui," katanya.- Bernama