Pakej wakaf buku di Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019

Para pengunjung dilihat memilih serta membuat perbandingan sebelum membeli novel yang dijual.
Para pengunjung dilihat memilih serta membuat perbandingan sebelum membeli novel yang dijual.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019 bukan sahaja boleh berbelanja mendapatkan bahan bacaan untuk diri sendiri pada harga murah tapi kini boleh melakukan perkara sama untuk orang lain melalui pakej wakaf buku yang disediakan sepanjang program itu berlangsung sehingga 4 Ogos nanti.

Pegawai Pemasaran Online Grup Buku, Dahlia Ahmad Zainuddin berkata, dengan konsep 'upgrade pahala anda dengan wakaf' atau #wakaf4tomorrow, sebanyak dua kategori wakaf buku disediakan buat pengunjung iaitu pakej wakaf dan pakej wakaf akademik.

"Pengunjung boleh memilih sama ada untuk membeli pakej wakaf 1 iaitu RM50 bagi 20 buku, pakej wakaf 2 (RM70/25 buku) atau pakej wakaf 3 (RM100/40 buku).

"Menerusi pakej tersebut, buku-buku yang ditawarkan terdiri daripada pelbagai jenis antaranya daripada genre pendidikan, motivasi serta cerita kanak-kanak," katanya.

No Image Caption

Selain itu beliau berkata, bagi kategori pakej wakaf akademik pula, pembeli boleh membuat pilihan untuk membeli tiga pakej ditawarkan iaitu pakej 1 pada harga RM100 bagi 10 buku, pakej 2 (RM50/16 buku) dan pakej 3 (RM50/ lapan buku) dan pakej 4 (RM100/20 buku).

Bagaimanapun bagi pakej wakaf akademik, buku yang ditawarkan hanyalah buku latihan berasaskan kertas klon dan model sebenar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengunjung pelbagai lapisan umur memilih novel serta buku yang ditawarkan pada harga berbaloi antaranya RM1, RM3 dan RM5
Pengunjung pelbagai lapisan umur memilih novel serta buku yang ditawarkan pada harga berbaloi antaranya RM1, RM3 dan RM5

Artikel Berkaitan:

"Sesiapa yang berminat untuk berwakaf hanya perlu datang ke kaunter wakaf buku yang disediakan di jualan gudang ini untuk buat pembayaran dan pilih pakej yang disediakan.

"Pengunjung juga boleh menentukan kepada siapa pakej buku ini hendak diwakafkan sama ada individu tertentu, sekolah, perpustakaan atau mana-mana institusi seperti masjid atau universiti," katanya.

No Image Caption

Mengulas mengenai idea pakej wakaf buku yang ditawarkan, Dahlia berkata, idea itu diilhamkan selepas pihaknya sering menerima surat atau permohonan untuk sumbangan buku.

Dahlia menunjukkan antara pakej wakaf buku yang ditawarkan kepada pengunjung sepanjang Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019 berlangsung.
Dahlia menunjukkan antara pakej wakaf buku yang ditawarkan kepada pengunjung sepanjang Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019 berlangsung.

"Sebelum ini kita tidak tahu sumbangan buku bagaimana yang diperlukan pihak yang membuat permohonan, jadi kadang-kadang buku yang diberikan tidak bersesuaian dengan pihak yang menerimanya.

"Malah, ramai juga di kalangan kita yang mahu menyumbang atau mewakafkan buku kepada pihak-pihak tertentu seperti sekolah, universiti, masjid dan sebagainya sebagai tanda penghargaan tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Jadi kita tampil dengan pakej sebegini yang lebih tersusun dan bahan bacaannya bersesuaian untuk semua peringkat umur dan bangsa..Pengunjung hanya perlu datang, pilih dan beli, selebihnya kita bantu uruskan," katanya berharap usaha berwakaf buku itu dapat menarik minat serta penglibatan lebih ramai golongan muda.

Sebahagian pengunjung yang leka memilih majalah 'backdated' dan majalah terbaharu yang ditawarkan.
Sebahagian pengunjung yang leka memilih majalah 'backdated' dan majalah terbaharu yang ditawarkan.

Dalam pada itu, pengunjung juga diingatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku pilihan dengan harga luar biasa 'Hari-hari special-lahh!' bagi pengunjung terawal pada setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam sepanjang jualan gudang ini berlangsung.Suri rumah borong lebih 80 novel cinta

Bukan 10 atau 20 buku yang dibeli tapi lebih 80 novel diborong oleh seorang suri rumah yang bukan saja pembaca tegar malah juga pengunjung tegar jualan gudang yang dianjurkan Kumpulan Media Karangkraf pada setiap tahun.

Hidawani Ariffin, 34, berkata, sudah menjadi satu kewajipan untuk dia mendapatkan novel-novel kegemarannya dan juga novel baharu di jualan gudang bagi melengkapkan lebih 200 koleksi novel yang dikumpulnya sejak 2008.

Hidawani teliti memilih novel-novel cinta kegemarannya bagi memastikan tidak terbeli novel yang sama.
Hidawani teliti memilih novel-novel cinta kegemarannya bagi memastikan tidak terbeli novel yang sama.



Hidawani bersama lebih 80 novel cinta pilihannya yang disifatkan sebagai pembelian berbaloi.
Hidawani bersama lebih 80 novel cinta pilihannya yang disifatkan sebagai pembelian berbaloi.

"Sekali beli memang saya akan borong banyak, tambah lagi ada novel yg dijual pada harga RM1 senaskhah... tapi biasanya sebelum datang ke jualan gudang, saya akan buat senarai novel yang sudah dimiliki terlebih dahulu supaya tidak terbeli novel yang sama.

"Biasanya, suami memang akan temani setiap kali datang sebab nanti dia yang akan angkat buku-buku yang saya beli," katanya berseloroh.

Katanya, dia jarang ke pesta buku lain dan memilih untuk berkunjung ke jualan gudang anjuran Karangkraf sahaja kerana lokasi yang dekat serta harga ditawarkan sangat murah.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Siti Aishah Rahim, 22, turut tidak melepaskan peluang mendapatkan novel kegemarannya tulisan Ramlee Awang Murshid.

Siti Aishah menunjukkan lapan naskhah novel genre seram dan cinta yang dibelinya.
Siti Aishah menunjukkan lapan naskhah novel genre seram dan cinta yang dibelinya.

"Biasanya saya hanya pinjam dari rakan-rakan tapi bila dapat tahu ada jualan gudang dan harga pula murah, saya sanggup datang dari Seri Kembangan untuk dapatkan tiga naskhah novel Ramlee Awang Murshid yang saya belum pernah baca.

"Selain itu, saya juga beli lima lagi novel genre cinta serta seram yang turut menarik perhatian....Tapi memang puas hati sebab tawaran harga diberikan sangat berbaloi," katanya.

Pengunjung mula mengunjungi jualan gudang seawal jam 10 pagi.
Pengunjung mula mengunjungi jualan gudang seawal jam 10 pagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati lebih ramai pengunjung memilih untuk hadir ke jualan gudang pada waktu tengahari dan sebelah petang dengan sebahagiannya membawa ahli keluarga serta rakan sekerja.

Bagaimanapun, bahagian jualan novel, al-Quran serta buku agama dilihat lebih menjadi tumpuan pada hari ini.

TOP 5 produk paling laris:

1. Katerer cinta

2. Bukan gadis biasa

3. Al quran al imam

4. Cincin

5. Al quran mujam

Aktiviti Selasa 30 JULAI 2019

Peraduan mewarna Kids Prima:

Sesi 1: Jam 11 pagi -12 tengah hari

Sesi 2: Jam 2 petang - 3 petang

Klinik Al-Fatihah:

Sesi 1: 11 pagi

Sesi 2: 3 petang

Horay bersama maskot Teddy:

Sesi 1: 12 tengah hari

Sesi 2: 3 petang