Terusan Prangin terusan lama, bukan sungai baharu

Terusan Prangin telah dibaik pulih dengan aliran air dialihkan ke saluran lain sejajar dengan terusan tersebut.
Terusan Prangin telah dibaik pulih dengan aliran air dialihkan ke saluran lain sejajar dengan terusan tersebut.
A
A
A

GEORGETOWN - Terusan Prangin di tapak Pasar Sia Boey yang dihiasi ikan berwarna-warni merupakan terusan lama yang dibina dari awal abad ke-19 dan bukannya sungai baharu seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Dalam kenyataan bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) hari ini, menafikan ia adalah sebatang sungai sebaliknya hanya sebuah terusan lama yang dibaik pulih.

Pengerusi PDC, Datuk Mohd Bazid Abd Kahar dan Pengurus Besar GTWI Ang Ming Chee berkata, terusan yang dipulihkan adalah bekas Terusan Prangin lama yang lengkap dengan struktur granit dan dibina hampir dua abad lalu.

Menurutnya, terusan itu telah dibersih dan dipulihkan semula agar menjadi sebuah terusan dalam taman yang mempunyai air jernih seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Isu Terusan Prangin mula diperkatakan setelah gambar Kon Yeow melawat tapak projek Sabtu lalu tular di media sosial.
Isu Terusan Prangin mula diperkatakan setelah gambar Kon Yeow melawat tapak projek Sabtu lalu tular di media sosial.

"Dakwaan dalam media sosial bahawa kita menutup sementara terusan yang sedia ada dan membina kolam baru sebagai Terusan Prangin itu tidak benar. Tuduhan mengatakan kita mengubah landskap Terusan Prangin juga tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

"Terusan Prangin yang dibina sejak 1804 itu tidak dikelaskan sebagai sungai kerana tidak mempunyai aliran air semula jadi di hulu. Ia hanya mengalir ke tepi pantai di sebelah selatan Weld Quay.

"Tembok pembahagi dibina untuk menyalurkan air saliran dari sekitar kawasan George Town ke saluran baru agar terusan lama dapat dipulihkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, air longkang yang kotor yang mengalir ke terusan itu dialihkan ke saluran paip baru, selari dan sejajar dengan terusan yang dipulihkan.

Terusan Prangin yang dibaik pulih dengan pengalihan aliran air ke saluran baru bagi membolehkan kerja membaik pulih dijalankan.
Terusan Prangin yang dibaik pulih dengan pengalihan aliran air ke saluran baru bagi membolehkan kerja membaik pulih dijalankan.

Kerja-kerja itu sebahagian daripada Projek Pemuliharaan dan Rejuvensi Sia Boey, Terusan Prangin.

Mohd Bazid berkata, ia bagi menjawab dakwaan beberapa pihak dalam laman Facebook kononnya Kerajaan Pulau Pinang sengaja 'menyembunyikan' aliran air di Terusan Prangin.

"Selain itu, ada juga pihak mendakwa ia adalah sebuah kolam kerana salirannya yang didakwa ditutup di penghujung terusan berkenaan.

"Isu ini tular di media sosial Sabtu lalu apabila gambar Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melepaskan ikan ketika membuat lawatan kerja ke Projek Pemuliharaan dan Rejuvenasi Pasar Sia Boey," katanya.

Tambahnya, walaupun ia berada di luar sempadan Tapak Warisan Dunia UNESCO, ia masih mendapat kelulusan daripada Panel Kajian Teknikal (TRP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada Februari 2018.

Sia Boey yang juga dikenali sebagai Ujung Pasir atau Prangin adalah aliran semula jadi dikelilingi paya bakau yang menandakan sempadan awal abad ke-19 George Town.