Anak bimbang bapa tak pulang rumah

Idris Che Din, 81, dilaporkan hilang sejak petang semalam.
Idris Che Din, 81, dilaporkan hilang sejak petang semalam.
A
A
A
GUA MUSANG - Seorang warga emas dari Kesedar Lebir, di sini dilaporkan hilang sejak petang semalam.

Idris Che Din, 81, tidak pulang selepas kali terakhir dilihat beberapa penduduk kampung pada jam 3 petang.

Menurut anaknya, Siti Zulaiha Idris, 25, sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang meskipun mengalami masalah nyanyuk.

"Ada yang memberitahu kami, mereka lihat ayah di Paloh 3 dan Relai. Kawasan itu agak jauh dari kampung kami dan menuju ke laluan utama Gua Musang-Kuala Krai.

"Laporan polis sudah dibuat pada jam 10 pagi tadi. Sebelum ini, dia tidak pernah hilang.

"Kalau dia berada jauh dari kawasan rumah, orang kampung akan beritahu kami atau orang akan hantar ayah pulang sebab dia nyanyuk," katanya.

Tambah Zulaiha, dia merayu kepada sesiapa sahaja yang menemui bapanya agar menghubungi di talian 017-9457762.

"Kami sekeluarga bimbang akan keadaan ayah. Mana dia berada, di mana dia tidur. Tolonglah bantu kami," katanya.

Artikel Berkaitan: