PKR tak ambil serius khabar angin

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap dakwaan timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hanya sekadar khabar angin.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya yakin Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu akan terus kekal bersama parti.

"Mungkin Gerakan mengambil peluang menangguk di air yang keruh kerana mereka tiada wakil di Parlimen, jadi mereka gunakan peluang ini sebagai propaganda murahan.

"Isu ini sudah dinyatakan secara jelas oleh Azmin yang beliau masih bersama PKR. Tidak timbul isu mengenai perkara itu," katanya.

Beliau berkata, tiada keperluan isu tersebut diperbesarkan memandangkan tiada sebarang pengesahan berkenaan dakwaan itu.

"Apabila ia melibatkan khabar angin, maka PKR tak ambil serius. Banyak perkara telah beliau (Azmin) lakukan bersama dalam PKR.

"Saya yakin beliau akan terus kekal bersama PKR," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong mengalu-alukan hasrat Timbalan Presiden PKR itu sekiranya mahu menyertai parti itu.

Artikel Berkaitan:

Kah Keong bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta hal itu dirujuk kepada Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.