Kapal karam: Tiga kru hilang

Mangsa yang diselamatkan pada operasi itu.
Mangsa yang diselamatkan pada operasi itu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga kru kapal MV Amanda yang terbalik dan karam di kedudukan 3.3 batu nautika Timur Tanjung Sepang, di sini, hari ini.

Pihak Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor telah mengaktifkan operasi tersebut sejurus menerima maklumat dan laporan berhubung kejadian itu jam 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, maklumat dari kapten MV Amanda memaklumkan kapal tersebut mengalami kerosakan pada janakuasa sekali gus menyebabkan ‘wheel’ tidak dapat berfungsi.

“Kapten kapal telah membuat ‘full astern’, namun kapal tidak dapat berundur kerana ombak terlalu kuat.

Kapal MV Amanda yang terbalik dan karam.
Kapal MV Amanda yang terbalik dan karam.

“Selepas itu ombak telah menolak kapal tersebut dan bertembung dengan kapal lain menyebabkan kapal MV Amanda terbalik dan karam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, bilangan kru MV Amanda yang dilaporkan terlibat dalam kejadian adalah sembilan orang di mana enam daripadanya selamat manakala selebihnya masih hilang.

Katanya, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pos Maritim Pengerang bagi menyelaras usaha mencari mangsa yang masih hilang.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak tiga buah kapal dan sebuah bot daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah berada di lokasi kejadian bagi operasi SAR ini,” katanya.