Masjid Putra tuan rumah Malaysia #QuranHour 2019

Mohamad Nordin (tengah) menerima delegasi YWUI yang diketuai Hussamuddin (tiga dari kanan) di Pejabat Ketua Pengarah JAKIM, Putrajaya.
Mohamad Nordin (tengah) menerima delegasi YWUI yang diketuai Hussamuddin (tiga dari kanan) di Pejabat Ketua Pengarah JAKIM, Putrajaya.
A
A
A

SHAH ALAM - Masjid Putra, Putrajaya bakal menjadi tuan rumah untuk pelaksanaan program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 30 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim mengesahkan perkara itu hari ini berkata, cadangan asal pelaksanaan program tersebut adalah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

"Memandangkan masjid tersebut masih dalam proses akhir pengubahsuaian, pihak kami berasa lebih baik program Malaysia #QuranHour ini dijalankan di Masjid Putra yang lebih selesa keadaannya," katanya selepas menerima kedatangan delegasi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) yang diketuai pengasasnya, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Datuk Paimuzi Yahya; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal, Nor Azamir Alias; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWUI, Ahmad Yani Abd Manaf dan Ketua Pegawai Eksekutif WUI, Marhaini Yusoff.

Nordin berkata, selain pemimpin utama kerajaan termasuk jemaah menteri, pihaknya berharap pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang ramai memeriahkan program berkenaan dan mendengar pesan al-Quran untuk dihayati bersama dalam mengisi kemerdekaan.

YWUI adalah rakan usaha sama JAKIM dalam pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan sebahagian daripada tema program kali ini Mengisi Kemerdekaan Berpandukan Solusi Surah Al-Kahfi.

Artikel Berkaitan: