Serah memorandum kepada Agong

Abu Bakar ketika sidang media selepas perhimpunan aman di Dataran Seni, tadi.
Abu Bakar ketika sidang media selepas perhimpunan aman di Dataran Seni, tadi.
A
A
A

KLANG - Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) akan menyerahkan memorandum kepada kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan.

Pengerusi Geras, Abu Bakar Mohamed berkata, memorandum itu akan diserahkan selepas 40 hari sekiranya menteri itu masih lagi menjawat jawatan itu.

"Memorandum ini juga akan dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memecat pemimpin Hindraf tersebut.

"Kita juga mendesak supaya Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran turut disingkirkan," katanya ketika sidang media selepas perhimpunan aman di Dataran Seni, tadi.

Menurut beliau, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mendesak agar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Selangor, V Ganabatirau, turut disingkirkan.

"Kita mahu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya campur tangan dalam isu kematian Muhammad Adib kerana menggugat perpaduan dan keamanan negara.

“Selain itu, kita juga meminta kerajaan negeri mahupun Pusat mengambil tindakan secara ilmiah kepada mana-mana rumah ibadat yang wujud secara haram supaya perkara yang sama seperti di Seafield tidak berlubang," katanya.

Artikel Berkaitan: