Berhabis ribuan ringgit hias kereta demi Kedah

Kira-kira RM4,000 dibelanjakan oleh Boon untuk menghias keretanya dengan indentiti pasukan bola sepak Kedah.
Kira-kira RM4,000 dibelanjakan oleh Boon untuk menghias keretanya dengan indentiti pasukan bola sepak Kedah.
A
A
A

SOKONGAN yang tinggi terhadap Lang Merah menyaksikan seorang penyokong fanatik dari Pendang di sini sanggup berhabis wang ribuan ringgit setiap tahun untuk menghias keretanya.

Boon Sis Densing, 53, berkata, dia mula menghias kereta Proton Waja tersebut sejak tahun 2007 di mana zaman kegemilangan bola sepak negeri ini menjadi perhatian seluruh penyokong bola sepak tanah air.

Dia berkata, kenderaannya menjadi perhatian setiap kali turun memberikan sokongan kepada Kedah di laman lawan di seluruh negara pada setiap tahun.

“Kira-kira RM4,000 setahun dihabiskan untuk mengecat dan menukar sticker penaja pasukan Kedah yang bertukar pada setiap tahun.

“Sebagai rakyat dan penyokong Kedah, saya ikhlas melakukannya walaupun tidak menerima sebarang tajaan dari mana-mana pihak untuk melakukannya,” katanya.

Boon akui bangga dengan usahanya yang membawa imej pasukan bolasepak Kedah setiap kali turun ke seluruh negara untuk memberikan sokongan kepada Lang Merah.
Boon akui bangga dengan usahanya yang membawa imej pasukan bolasepak Kedah setiap kali turun ke seluruh negara untuk memberikan sokongan kepada Lang Merah.

Menurut Boon, beliau akui berbangga membawa imej Hijau Kuning ke mana sahaja, malah mendapat sokongan dari para penyokong Kedah yang lain.

Mengulas perlawanan akhir Piala FA 2019 pada esok pula, penyokong berketurunan Siam ini percaya pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak sudah mengenal pasti kekurangan pasukan tersebut selepas tidak konsisten sejak beberapa perlawanan lalu.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai peminat fanatik saya juga jujur menyatakan ada sedikit penurunan yang dipamerkan oleh pasukan maka kelemahan-kelemahan tersebut perlu segera dibaiki dan pemain perlu terus berjuang demi nama negeri Kedah,” katanya.