Lelaki miliki heroin dicekup polis

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin bernilai RM5,100 di hadapan sebuah rumah di Taman Saga, Hulu Kinta di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, V R Ravi Chandran berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, polis menemui empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 102 gram.

“Semakan mendapati suspek ada lima rekod lampau berkaitan dadah. Nilai rampasan dianggarkan RM5,100,” katanya di sini semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: