X

Kindly register in order to view this article
!

Inisiatif Bandar Selamat Kuantan peruntuk RM1.903 juta

Norkamawati Kamal
A
A

KUANTAN - Sejumlah RM1.903 juta diperuntukkan dalam projek Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot di bawah Program Bandar Selamat 2015.

Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kuantan, Norkamawati Kamal berkata, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri telah memperuntukkan jumlah tersebut yang kemudiannya dikhaskan kepada beberapa projek utama.

Menurutnya, projek tersebut meliputi perbelanjaan sebanyak RM403,210 di sekitar Pasar Besar dan Pusat Perniagaan di Jalan Tun Ismail; RM257,310 di Taman Tas; RM700,000 di Pusat Bandar Kuantan dan RM300,000 perbelanjaan di Jalan Haji Abdul Rahman.

“Bagi projek di Pasar Besar dan Pusat Perniagaan Jalan Tun Ismail, komponen yang dibuat adalah pemasangan lampu limpah di Pasar Besar; naik taraf lampu jalan LED di sebahagian Jalan Tun Ismail; Jalan Pasar Baru dan Lorong Pasar Baru; baikpulih laluan pejalan kaki di Jalan Tun Ismail; penyediaan laluan pejalan kaki dan rel peghadang di Jalan Gambut dan penyediaan papan tanda peringatan jenayah di Jalan Stadium, Lorong Tun Ismail dan Jalan Tun Ismail.

“Pada masa yang sama ia digunakan untuk menaik taraf laluan pejalan kaki di Jalan Wong Ah Jang dan membaikpulih laluan pejalan kaki di Jalan Tun Ismail.

"Untuk pelaksanaan itu, MPK telah menampung sebanyak RM3,210 lagi. Kesemua komponen siap pada 2015," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Norkamawati berkata, Di Taman Tas, kerja-kerja membina laluan pejalan kaki, memasang rel penghadang serta kerja-kerja pemasangan papan tanda peringatan jenayah telah dilaksanakan dan siap pada 2017.

Selain itu, turut dibina adalah laluan bertangga, membina ramp OKU, memasang barrier post, tambahan papan tanda serta pemasangan lampu sport light.

Komponen di Bandar Kuantan iaitu kerja kerja membina laluan pejalan kaki di Jalan Tun Ismail 2, Masjid Tepian Putra dan memasang rel pengadang serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Bukit Sekilau, Kedai Pejabat Putra Square, Kompleks Belia dan Sukan dan Klinik Kesihatan.

Kesemua projek itu berjaya disiapkan pada 2017 dan 2018.

“Sementara itu, di Jalan Haji Abdul Rahman Pemasangan lampu solar, penyediaan laluan pejalan kaki beserta Tac Tile Colour dan rel pengadang jenis anti climb fencing dilaksanakan bersebelahan Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah dan Jalan Penjara. Ia dijadualkan siap pada tahun ini.

“Selain itu, Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara inisiatif yang dilaksanakan pada masa kini ke arah matlamat Kuantan Bandar Selamat,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus