Diego Maradona selamat jalani pembedahan lutut

Diego Maradona
Diego Maradona
A
A
A

BUENOS AIRES - Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona selamat menjalani pembedahan lutut di sebuah klinik di Buenos Aires, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pembedahan yang dijalankan di pusat perubatan Olivos itu tidak didedahkan. Maradona menderita penyakit arthritis di kedua-dua lututnya.

"Pembedahan pada lutut kanan Diego Maradona baru selesai, semua berjalan lancar. Sekarang beliau sedang menjalani proses pemulihan," kata peguam Maradona, Matias Morla, di media sosial pada Rabu.

Pada bulan lalu Maradona menamatkan tugasnya selama 11 bulan sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak divisyen dua Mexico, Dorados, ekoran masalah kesihatan yang dialaminya sejak 1997.

Pada 2004, pemenang Piala Dunia 1986 itu dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung dan pernafasan akibat ketagihan dadah. Beliau juga telah menjalani dua pembedahan pintasan gastrik untuk mengawal berat badannya serta menjalani rawatan akibat masalah ketagihan alkohol.

Pada Januari, beliau telah menjalani pembedahan disebabkan pendarahan dalam perut.

Menurut laporan akhbar Argentina, Maradona dijadual menjalani pembedahan di bahu dalam beberapa minggu lagi.- Bernama

Artikel Berkaitan: