14 September jadi saksi kerjasama rasmi UMNO-Pas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas sepakat akan menandatangani satu piagam bersama dan memorandum persefahaman untuk bekerjasama (bertaawun) pada 14 September ini.

Dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung kedua-dua parti itu, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, UMNO dan Pas telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

“Hal demikian, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini.

“Kedua-dua parti juga telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis menandatangani piagam pada Sabtu, 14 September 2019, jam 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” katanya.

Menurutnya, kedua-dua parti memutuskan piagam ini akan ditangani sendiri oleh Presiden kedua-dua parti.

“Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan Pas dari seluruh negara,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: