Rumah pangsa paling moden ada di Tok Jembal

Ahmad Samsuri (tiga, kanan) menyerahkan geran kediaman kepada peserta pada Majlis Pecah Tanah Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Jembal di sini hari ini.
Ahmad Samsuri (tiga, kanan) menyerahkan geran kediaman kepada peserta pada Majlis Pecah Tanah Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Jembal di sini hari ini.
A
A
A

KUALA NERUS - Kerajaan negeri menyediakan 160 unit kediaman buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi projek rumah pangsa mampu milik (RPMM) dengan reka bentuk paling moden di Tok Jembal di sini

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembangunan lima blok RPMM empat tingkat membabitkan kos keseluruhan RM26 juta di kawasan seluas 1.7 hektar itu dijangka siap Jun 2021.

“Pembinaan kediaman ini menyediakan komponen pembangunan yang membolehkan peserta menikmati kehidupan lebih baik kerana reka bentuknya boleh dikatakan paling moden," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Jembal di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.

Ahmad Samsuri berkata, RPMM turut dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta dan motosikal berbumbung di samping gajah menyusur atau laluan yang menghubungkan kelima-lima blok.

Katanya, projek itu adalah kedua dilancarkan kerajaan negeri selepas pelaksanaan 250 unit rumah mampu milik (RMM) Tajin di Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada 9 Julai lalu.

“Dalam membangunkan projek perumahan baharu kerajaan negeri bukan sahaja menyediakan tempat tinggal semata-mata, malah kemudahan asas memenuhi aspek keselamatan dan kesihatan,” katanya.

RPMM Tok Jembal ditawarkan pada harga RM68,000 seunit selepas subsidi dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air di samping menyediakan kemudahan dewan terbuka, surau, gerai dan tadika.

Artikel Berkaitan: