Nyawa melayang minum arak toksik

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SAN JOSE - Sekurang-kurangnya 19 orang maut selepas meminum arak tercemar di Costa Rica.

Kesemua mangsa dipercayai meminum alkohol mengandungi metanol hingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil minuman itu yang membabitkan berpuluh jenama.

Pihak berkuasa berkata, mereka tidak dapat mengesahkan paras toksik berkenaan namun telah merampas kira-kira 30,000 botol alkohol dan melakukan siasatan di seluruh negara.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Calderon Guardia, Donald Corella yang dipetik akhbar La Nacion berkata, alkohol terbabit mengandungi 30 hingga 50 peratus metanol.

Beliau berkata, enam orang yang dirawat di hospital meninggal dunia manakala empat yang lain masih hidup tetapi mengalami kesan serius seperti buta yang tidak dapat dipulihkan dan kecederaan otak.

Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, metanol boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian.

Menurut pihak berkuasa, sebahagian besar daripada 19 yang meninggal dunia itu adalah kaki botol dan gelandangan. – AFP

Artikel Berkaitan: