AMK Perak kecewa kenyataan Ketua Wanita PKR Perak

Mohamad Hairul Amir
Mohamad Hairul Amir
A
A
A

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak kecewa terhadap Ketua Wanita PKR Perak, Chua Yee Ling berkaitan kenyataannya terhadap Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Ketuanya, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, sebarang pandangan atau kritikan perlu dibuat melalui saluran yang betul.

"Tindakan mengkritik secara terbuka tidak memberikan sebarang keuntungan kepada parti sebaliknya memberi gambaran buruk kepada organisasi parti.

"Sebagai pimpinan di peringkat bawah, seharusnya kita bertindak sebagai pendamai, bukan mengeruhkan lagi keadaan," katanya kepada Sinar Harian.

"Tumpuan kita perlu terarah kepada gerak kerja parti dan membantu ketua memantapkan jentera di negeri," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yee Ling yang disiarkan menerusi sebuah portal semalam yang menyifatkan tindakan Farhash Wafa sejurus selepas dibebaskan polis bertentangan dengan seruan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin dan anggota parti bersatu.

Mohamad Hairul Amir berkata, Yee Ling seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan menghormati ketua dan bukan mengaibkannya dengan cara mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

"Farhash Wafa Salvador berada dalam tahanan polis selama lapan hari dan tentunya keadaan itu mengganggu emosi.

Artikel Berkaitan:

"Tekanan yang dialami beliau ketika dalam tahanan perlu ditenangkan melalui sokongan semua pihak khususnya pimpinan di peringkat negeri," katanya.