Larikan RM150,000 dalam masa lima jam

Mohamad Noor Yusof menunjukkan gambar suspek yang berjaya ditangkap melalui cctv di salah sebuah rumah yang terlibat dengan kes tersebut
Mohamad Noor Yusof menunjukkan gambar suspek yang berjaya ditangkap melalui cctv di salah sebuah rumah yang terlibat dengan kes tersebut
A
A
A
KUANTAN - Empat penjenayah berjaya memecah masuk tiga buah rumah dan melarikan barang bernilai kira-kira RM 150,000 hanya dalam tempoh lima jam sahaja

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Seri Teruntum, Lorong Alor Akar dan Jalan Tok Gajah Off Jalan Tengku Muhammad di sini bermula jam 12 tengah hari sehingga lima petang.

Menurutnya, suspek juga menggunakan kereta mewah sebagai modus operandi mereka bagi mengaburi mata orang ramai sebelum memecah masuk rumah mangsa.

"Dalam masa lima jam itu sahaja, penjenayah melarikan wang tunai, beg tangan, jam tangan, telefon bimbit, komputer riba dan sebuah kereta jenis Mazda Cx-5 berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran CDM 6399.

"Bagi mengaburi pandangan orang ramai, mereka menggunakan kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima berwarna gelap dan berpura-pura menghubungi pemilik rumah sebelum memecah masuk.,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, malam tadi.
Artikel Berkaitan:


Mohammad Noor berkata, pihaknya percaya kumpulan penjenayah berkenaan melakukan perancangan teliti dengan memilih kediaman yang penghuninya tidak berada di rumah serta menggunakan nombor pendafataran palsu tetapi didaftarkan atas jenis kereta sama

Beliau berkata, kegiatan mereka dirakam CCTV yang merakam kelibat tiga lelaki dianggarkan berusia di antara 20 hingga 35 tahun dan dipercayai kumpulan itu turut dianggotai seorang wanita.

“Kita sedang mengesan kereta itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan kes ini masih lagi diteruskan,” katanya.