Perkampungan budaya asuh generasi muda budaya Melayu

Antara barisan tetamu yang memeriahkan malam penutup Perkampungan Kebudayaan Musim Cuti Sekolah di MKI, Jenagur.
Antara barisan tetamu yang memeriahkan malam penutup Perkampungan Kebudayaan Musim Cuti Sekolah di MKI, Jenagur.
A
A
A

JENAGUR - Program Perkampungan Kebudayaan sempena cuti sekolah yang diadakan di Madrasah Khairul Insan (MKI) di sini, menjadi medium terbaik mengasuh generasi muda tentang budaya Melayu.

Yang Dipertua Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia, Zulkifle Ismail berkata, sepanjang tempoh perkampungan itu, anak-anak terlibat diberi pendedahan seluruh budaya kehidupan Melayu.

Menurutnya, program itu dilaksanakan sejak lima tahun lalu, namun sebelum ini diadakan di cawangan Kumpulan Dendang Anak di Perak, yang mana anak-anak dari seluruh Malaysia akan berkumpul di situ bila tiba cuti sekolah.

Antara barisan tetamu yang memeriahkan malam penutup Perkampungan Kebudayaan Musim Cuti Sekolah di MKI, Jenagur.
Antara barisan tetamu yang memeriahkan malam penutup Perkampungan Kebudayaan Musim Cuti Sekolah di MKI, Jenagur.

"Namun pada tahun ini kita pecahkan, bagi cawangan Terengganu diadakan di sini ekoran di sana (Perak) terlalu ramai, sambutan begitu menggalakkan hingga timbul masalah dari segi penempatan.

"Bagi program di sini yang diadakan sebaik cuti sekolah bermula disertai lebih 120 peserta berusia seawal 6 hingga 17 tahun. Manakala di Perak sahaja lebih kurang 300 orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada malam penutup Program Perkampungan Kebudayaan Sempena Cuti Sekolah di MKI, di sini, malam kelmarin.

Zulkifle berkata, sepanjang hampir sebulan berkampung, peserta diberi pendedahan mengenai Melayu termasuk dari aspek asal usul dan kebudayaan agar mereka dapat selami serta kenali Melayu yang sebenar-benarnya.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu orang Melayu sekadar tahu mereka berbangsa Melayu tetapi tidak tahu asal usul atau telah dipengaruhi budaya daripada luar. Mana lagi ada tempat untuk membicarakan atau mengasuh tentang Melayu," katanya.