Tuduh Azmin secara terbuka: Ketua Wanita PKR gesa Farhash dikenakan tindakan disiplin

Farhash (tengah) disambut penyokongnya di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis di sini semalam.
Farhash (tengah) disambut penyokongnya di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis di sini semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita PKR, Haniza Talha menggesa parti itu mengambil tindakan disiplin ke atas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana mengeluarkan tuduhan terbuka ke atas Mohamed Azmin Ali di khalayak ramai semalam.

Haniza berkata, kenyataan Farhash sejurus dibebaskan daripada tahanan polis bertentangan dengan seruan Presiden, Anwar Ibrahim sewaktu pemukiman PKR di Port Dickson minggu lalu supaya mengukuhkan disiplin dan perpaduan parti.

“Itu adalah satu tuduhan secara terbuka di hadapan khalayak ramai dan media terhadap pemimpin nombor dua parti. Perbuatan itu patut diambil tindakan disiplin.

ARTIKEL BERKAITAN: Farhash persoal penahanannya berkaitan video intim

“Pemimpin seperti Farhash yang mengetuai sebuah negeri wajar menunjukkan kematangan dan bukannya melepaskan perasaan dan emosi apabila berdepan dengan tekanan,” katanya memetik laporan portal berita FMT.

Terdahulu, Farhash yang juga merupakan Setiausaha Politik Anwar melaungkan perkataan ‘Azmin semburit’ sewaktu mengakhiri ucapannya di hadapan IPD Dang Wangi semalam.

Farhash turut menyeru polis menahan Mohamed Azmin yang Timbalan Presiden PKR bagi mengesahkan kredibiliti siasatan yang dilakukan selain mempersoalkan keperluan pihak berkuasa menahan remannya selama lapan hari.

“Pertama sekali, tiada laporan polis dibuat terhadap saya, lagipun wajah saya tak mirip Azmin Ali,” sindir Farhash ekoran penahannya itu.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan komen daripada pemimpin kanan PKR dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim berhubung tuduhan terbuka Farhash ke atas Azmin itu.