Pemimpin PBB bimbang insiden rampas kapal

Antonio Guterres - Foto Gettyimages
Antonio Guterres - Foto Gettyimages
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres semalam meluahkan kebimbangan berhubung beberapa insiden rampasan kapal yang dilaporkan baru-baru ini, termasuk di Selat Hormuz, lapor agensi berita China Xinhua.

"Setiausaha agung menekankan keperluan menghormati hak-hak dan tugas-tugas berkaitan navigasi di selat itu dan perairan berdekatan yang bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa," kata Farhan Haq, timbalan jurucakap bagi pemimpin PBB itu dalam taklimat akhbar harian pada waktu tengah hari.

"Setiausaha agung menggesa semua pihak berkaitan agar bertenang dan mengekang diri daripada mengambil tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan," katanya.

Pada Jumaat, pasukan tentera laut Iran merampas sebuah kapal tangki minyak Britain di Selat Hormuz selepas mendakwa ia 'gagal menghormati peraturan maritim antarabangsa.'

Kapal tangki itu dirampas susulan pertelagahan antara Iran dan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) minggu ini berhubung tindakan AS menembak jatuh sebuah dron milik Iran di selat tersebut.- Bernama

Artikel Berkaitan: