Dua lelaki serang guru serah diri kepada polis

Gambar kecil: Nik Aminudin
Gambar kecil: Nik Aminudin
A
A
A

BACHOK - Dua lelaki yang disyaki menyerang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok jam 5.15 petang tadi.

Kedua-dua lelaki yang merupakan bapa saudara kepada seorang pelajar sekolah berkenaan kemudiannya direman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminudin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Kita akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323/447 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam video berdurasi selama tiga minit 31 saat yang tular di laman sosial semalam, guru penolong kanan pentadbiran berusia 52 tahun itu kelihatan diserang dan dimarahi dua lelaki berkenaan.

Guru terbabit didesak keluar dari pagar sekolah oleh dua lelaki berkenaan namun dia enggan berbuat demikian.

Satu sidang media yang sepatutnya diadakan pihak pejabat pendidikan daerah di sekolah berkenaan pagi tadi dibatalkan atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Video guru diserang dua lelaki tular

Polis buru dua lelaki serang guru